Kemajuan ICT telah mengubah dan meningkatkan kualiti dalam bidang kejururawatan.
Perubahan dan pengenalan teknologi dalam bidang sains dan kejururawatan
telah menjadikan persekitaran bekerja yang lebih selamat, selesa dan lancar.
Perubahan teknologi ini juga telah mengurangkan tempoh masa untuk dokumentasi
dan mengaksess data dengan pantas. Penggunaan komputer dan sistem informasi
dapat membantu jururawat dalam membuat keputusan tentang pengurusan dan isu
penjagaan pesakit dengan lebih terancang.
Seiring dengan peningkatan teknologi yang telah dibawa ke dalam sistem jagaan
kesihatan, ia telah menggantikan cara manual yang digunakan oleh jururawat
dalam melakukan sesetengah aktiviti. Kini, penggunaan pelbagai software telah
wujud dalam setiap kemudahan jagaan kesihatan serta rekod perubatan telah
berubah daripada kertas kepada elektronik. Pengggunaan teknologi ini
termasuklah menghantar pesanan atau permintaan tertentu melalui komputer
seperti bahan-bahan makmal atau bekalan yang diperlukan oleh unit-unit
tertentu. Ia juga termasuklah mencetak lampiran ubatan yang diperlukan untuk pemberian ubatan kepada
pesakit. Para jururawat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk
menilai dan mendokumen jagarawatan pesakit, pendidikan pesakit serta
menambahkan maklumat pendekatan dalam jagarawatan.
Teknologi perlu digunakan mengikut keperluan-keperluan
pesakit. Ia telah menjadi tanggungjawab jururawat untuk mengetahui bagaimana
untuk memberi nasihat dan memaklumkan kepada pesakit berhubung dengan teknologi
dalam penjagaan kesihatan serta bagaimana untuk mencari maklumat yang releven
dan boleh dipercayai oleh mereka. Ia juga digunakan bagi mencari sejarah
perubatan pesakit dan maklumat yang tepat bagi memastikan jagarawatan yang
sesuai dan optimum dapat diberikan kepada pesakit.
Penggunaan teknologi dalam penjagaan pesakit termasuklah peralatan monitor
seperti oximetry dan peripheral blood glucose monitor, sistem panggilan
wireless pada katil pesakit untuk kegunaan ketika kecemasan. Ia turut digunakan
dalam peralatan untuk penjagaan pesakit secara terus seperti monitor jantung
elektronik dan monitor pam secara intravena dan pengambilan tanda-tanda vital.
Saya juga bersetuju penggunaan kemudahan ICT lebih melancarkan perjalanan tugas kita sebagai jururawat. Ia mempercepatkan juga satu- satu prosedur yang dijalankan contohnya dalam pengambilan tekanan darah yang perlu kita lakukan setiap hari. Saya rasa bersyukur kerana bekerja di zaman ICT sedang berkembang kerana perjalanan tugasan menjadi lancar walau tetap terdapat beberapa masalah yang boleh berlaku.
ReplyDeleteSUHANA MOHD NOR A143735
Saya juga bersetuju penggunaan kemudahan ICT lebih melancarkan perjalanan tugas kita sebagai jururawat. Ia mempercepatkan juga satu- satu prosedur yang dijalankan contohnya dalam pengambilan tekanan darah yang perlu kita lakukan setiap hari. Saya rasa bersyukur kerana bekerja di zaman ICT sedang berkembang kerana perjalanan tugasan menjadi lancar walau tetap terdapat beberapa masalah yang boleh berlaku.
ReplyDeleteSUHANA MOHD NOR A143735
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKita perlu peka dan seiring dengan teknologi ict dalam dunia moden masakini.
ReplyDeletebetul tu ia amat penting dalam tugasan kururawat
ReplyDeletebetul tu ia amat penting dalam tugasan kururawat
ReplyDeleteSebagai jururawat...saya sangat bersetuju ict amat penting dalam kerja seharian seorang jururawat.
ReplyDeletesalam. saya sangat berstuju dengan penggunaan ict Teknologi perlu digunakan mengikut keperluan-keperluan pesakit.
ReplyDeletecikju pun sangat bersetuju bahawa penggunaan ict sangat berguna dalam pembelajaran hari ini.
ReplyDelete